Zaibo kecewa prestasi pelajar Raja Lawak lembab



Bukan sahaja penyingkiran Yann membuat Ketua Juri Raja Lawak musim ketiga, Zaibo berasa sangat kecewa tapi kelembapan setiap pelajar memberi persembahan terbaik saban minggu membuat pelawak senior itu rasa cukup 'down.'

Zaibo rasa geraf persembahan terlalu sederhana dan lembab jika dilihat sepanjang perjalanan program realiti Raja Lawak musim ini dari minggu pertama hinggalah ke minggu keenam dan tersingkir pula salah seorang peserta wanita Yann

"Saya sendiri rasa dukacita dengan peningkatan pelajar yang 'slow' sangat-sangat. Banyak betul kekurangan yang boleh di diperbaiki," kata Zaibo dalam satu temubual melalui telefon sejurus setelah penamaan Yann sebagai pelajar terkeluar.

Prestasi yang menyedihkan ini menyebabkan ramai penonton bagaikan putus harap untuk meneka siapakah juara 'Raja Lawak' pada musim ini. Apa saja kemungkinan boleh berlaku di saat-saat akhir kerana tiada satu pelajarpun yang menonjol.

Tidak seperti pada musim lepas, juga pada minggu pertama di mana apabila sampai ke minggu keenam, penonton sudah boleh mengagak persaingan antara peserta mana.

Zaibo juga sependapat dengan prestasi peserta berkumpulan seperti LnJ, Chot dan Sepah yang dilihat lebih baik sedikit berbanding peserta solo.

"Secara keseluruhannya, nampaknya macam itulah...," katanya.

"Tapi silapnya, semua peserta berlumba-lumba untuk mengatasi peserta lain dan cuba mendapat undian SMS sebanyak boleh. Ini salah. Mereka sepatutnya bersaing dengan mereka sendiri. Undian SMS juga terpulang kepada rezeki masing-masing," kata Zaibo.

"Prestasi peserta tidak konsisten. Satu minggu ok, satu minggu lagi entah apa-apa. saya memang menaruh harapan agar satu-satunya peserta wanita, Jihan layak ke peringkat akhir. Tapi undian SMS yang selalunya dari kaum wanita jarang menyebelahi Jihan," kata pelakon teater terkenal itu.

0 comments:

Post a Comment