Siti Nurhaliza (kiri) memberi penghormatan terakhir kepada bapanya Allahyarham Tarudin Ismail sebelum solat jenazah di Bukit Antarabangsa di sini, semalam
Jenazah Allahyarham Tarudin Ismail, bapa kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tempoyang, di sini, petang semalam.
Jenazah Allayarham Tarudin, 67, tiba dari Kuala Lumpur kira-kira 6.50 petang dan disembahyang di Masjid Kampung Tempoyang, sebelum dikebumikan kira-kira 7.10 petang.
Turut hadir Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Khalid Mohd Jiwa, kaum keluarga serta penduduk kawasan berkenaan.
0 comments:
Post a Comment