Beberapa tahun lalu, Pian Cecupak pernah dihina penampilannya oleh seorang rakan. Ketika itu, kata Pian, mukanya berlubang, berjerawat, bibirnya sumbing dan hidungnya kembang. Kata-kata yang menguris hati itu dipendamkan saja.
Enggan didedahkan identiti orang tersebut, hanya dia seorang rakan yang agak rapat.“Mungkin dia rasakan dirinya lebih sempurna dan saya ni cuma seorang pelawak.”
Sebelum ini, sudah di cuba pelbagai produk kecantikkan untuk merawat wajahnya. Tetapi hasilnya lebih teruk kerana produk-produk tersebut tidak sesuai dengan kulitnya. Akhirnya, dicadangkan rakannya, Ifa Raziah, untuk membuat pembedahan plastik.
Sudah tiga tahun sejak pembedahan plastiknya yang pertama, dan dedah Pian dia akan terus mengubah mukanya sehingga puas. Antara perancangannya, membentuk mukanya kepada bentuk V sementara hidungnya di tinggikan dan di jadikan runcing.
Pian tidak kisah jika orang ramai berpendapat wajahnya selepas pembedahan tidak secantik sebelum. “That’s my problem,” balasnya. Tentang pandangan sesetengah pihak yang melihat raut wajahnya kini menyerupai ‘drag queen’, katanya tegas, “Saya masih seorang lelaki. Saya mempunyai dua orang anak perempuan.
Jika kerja saya memerlukan saya berwatakkan seorang ‘drag queen’, saya akan melakukannya sebab saya tahu dibawah kostum dan solekan itu, saya tetap seorang lelaki. Saya bukannya menjual diri saya, saya bukan perempuan, saya masih seorang lelaki. Kerjaya saya seorang penghibur, untuk menghiburkan penonton.”
Dan untuk mereka yang mengutuk perbuatannya, ini jawapannya, “Tak baik kutuk orang. Orang kutuk kita, kita maafkan. Tak perlu gaduh. Tapi kalau you berani, cakap saja depan muka saya, jangan cakap belakang, Saya buat ni, saya yang sakit. Orang lain senang nak cakap. Tapi bila mereka melaluinya baru diorang tahu.”
kredit: gua.com.my
0 comments:
Post a Comment