KHABAR angin yang mengatakan Lan akan diganti oleh vokalis lain adalah tidak benar,” kata Nik Mustaza Nik Mustapha atau Taja dari Meet Uncle Hussain (MUH) mengenai gosip hangat melibatkan bandnya yang tersebar dalam sebuah akhbar tabloid.
Di sebalik ketenangan yang ditunjukkan oleh Lan, dia juga tidak mampu menyembunyikan keketaran tangannya yang mungkin disebabkan oleh penyakit yang dialami.
Keadaan Lan nampak tidak keruan ketika menjawab soalan yang dilontarkan dan sekali sekala dia akan membuka sebuah buku catitan yang menceritakan tentang penyakitnya itu.
“Sekarang saya ada juga pergi berubat secara tradisional. Saya mendapat tahu saya mengalami penyakit ‘Hyperthyroid’.
“Saya selalu mengalami 'ketar-ketar' dan masalah hendak tidur disebabkan pergerakan nadi yang laju.
“Jadi, apabila terjaga, saya akan bangun dan menyapu minyak panas untuk melegakan urat di seluruh badan saya terutama di kaki saya.
“Kadangkala apabila saya mengalami kesakitan di pergelangan lutut, ia memberikan petanda yang saya tidak boleh bergerak ke mana-mana lagi.
“Kalau saya bergerak, saya mempunyai kemungkinan tidak dapat berdiri lama dan kemudian pengsan di situ serta-merta.
“Saya juga akui yang semua masalah yang ditimbulkan berpunca daripada penyakit yang dialami oleh saya,” cerita Lan serba sedikit mengenai penyakitnya itu.
Tambah Lan, dia juga menghadapi masalah pengurangan berat badan.
“Sakit saya ini tidak menentu. Saya tak tahu dan tidak dapat jangka bila ia nak datang.
“Jadi, saya ada pergi hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut mengenai penyakit ini,” ulas Lan.
“Sekarang memang band kami agak terjejas. Jadi, kami akan mengambil suatu tindakan yang betul untuk menyelesaikan masalah ini dan ia memerlukan suatu tempoh."
“Kami kena rancang jadual untuk berehat selepas ini. Kemungkinan besar kami akan berehat untuk memberi peluang kepada Lan berubat dan selepas itu kami akan menyambung aktiviti seni seperti biasa.
“Buat masa sekarang, kami masih ‘on’ dengan apa yang telah dirancangkan untuk MUH.
“Media memang banyak memberikan sokongan kepada artis tetapi kami yang tak boleh terima dan tidak tahu apa yang akan dilakukan jika memilih waktu berehat.
“Semua yang berlaku ini akan menjadi ikhtibar buat kami. Apabila musibah datang, baru kita nak buka mata. Hal ini membuatkan kami terfikir sejenak dan memikirkan semula apakah objektif dan tujuan kami.”
Dalam pada itu, Lan mencelah dengan berkata penyakit yang dialaminya itu ibarat ujian daripada Tuhan dan apa yang berlaku merupakan lumrah di dalam hidup manusia.
kredit:mstar
0 comments:
Post a Comment