Jins Shamsudin terima Anugerah Seni Negara


Penggiat seni tanah air Tan Sri Jins Shamsudin menerima Anugerah Seni Negara kelapan kerana hasil usaha gigih dan kesungguhan beliau dalam penglibatan dan sumbangan seninya yang berterusan hampir setengah abad.

Anugerah itu disampaikan oleh Yang diPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Majlis Penganugerahan Anugerah Seni Negara di sini.

Jins, 74, turut menerima Warkah Penghormatan Negara, wang tunai RM60,000, trofi, sepasang persalinan lengkap baju Melayu songket, kemudahan perubatan kelas satu di hospital kerajaan, selain menjadi pengkarya, pencipta tamu kehormat, serta wakil Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan pada mana-mana seminar atau forum peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Turut berangkat ke majlis itu, Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Timbalannya Teng Boon Soon.

0 comments:

Post a Comment