Siti sayu dan Hiba





































Ketika ditemui di kediamannya di Bukit Antarabangsa, petang tadi Siti kelihatan terlalu hiba dan sayu dengan pemergian ayahnya kerana sikap Allahyarham sendiri yang sentiasa ceria, bersemangat dan berfikiran positif hinggalah ke saat-saat akhir sebelum beliau dibedah.

"Siti dan semua adik beradik sempat bertemu abah buat kali yang terakhir sebelum abah dibedah di Hospital Ampang Puteri, Jumaat malam lalu. Walaupun abah sakit, dia masih sempat berjenaka dan berbual seperti biasa dengan Siti. Dia berpesan supaya Siti jangan banyak sangat menangis.

"Siti tak sangka rupanya abah hendak pergi buat selama-lamanya. Siti redha dengan pemergian abah walaupun Siti telah kehilangan seorang abah yang tiada gantinya di dunia ini. Sekurang-kurangnya abah telah melihat kejayaan Siti dari mula hingga ke saat ini," kata Siti. Suami Siti, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa juga kelihatan sibuk mengendalikan segala persiapan bagi menyempurnakan jenazah.




"Siti terkilan kerana arwah mengingin cucu daripadanya dan hajatnya itu tidak sampai.
"Selain itu Siti dan abangnya Ayie ada merancang untuk membawa arwah pergi menunaikan Haji tahun ini, tetapi apa nak buat Tuhan lebih menyayanginya," tuturnya



Turut kelihatan adik beradik Siti yang lain termasuk Ayie, Saidah, Saerah dan Ali. Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob turut hadir memberikan penghormatan yang terakhir selain rakan artis seperti Datuk Shah Rezza, Erma Fatima, Noniswara dan produser filem Zaiton Mohd Jiwa yang juga kakak ipar Siti.

Jenazah Allahyarham kemudian dibawa pulang dengan sebuah ambulans ke Kampung Tempoyang di Kuala Lipis, Pahang untuk dikebumikan.

0 comments:

Post a Comment