SELEPAS lebih sebulan berada di pasaran, kini album terbaru penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 'Lentera Timur' telah terjual mencecah hampir 15,000 unit.
Walaupun belum sempat melakukan promosi di seluruh negara, isteri kepada ahli perniagaan terkenal Datuk Seri Khalid Muhd. Jiwa ini sudah berkira-kira untuk memasarkannya ke Indonesia.
“Syukur, Alhamdulillah kerana album Lentera Timur yang sudah berada di pasaran pada hujung tahun lalu kini telah dijual hampir 15,000 unit.
“Saya mendapat tahu, ramai dikalangan pendengar muzik sekarang gemarkan lagu yang ‘catchy’ seperti lagu joget.
“Insya-Allah, selepas ini kami merancang untuk memasarkan album tersebut ke Indonesia pula kerana terdapat permintaan daripada peminat di sana,” beritahu penyanyi yang mesra dengan panggilan Siti ini ketika diundang dalam program Sehati Sejiwa di Pusat Penyiaran Antarabangsa (IBC), Angkasapuri, Kuala Lumpur semalam.
Jelas Siti, walaupun gosip yang melanda rumahtangganya baru-baru ini memberikan sedikit kesan kepada dirinya, bagaimanapun tidak bermakna dia akan cepat berputus asa dalam mempromosikan album tersebut
Saya dah bekerja keras siang dan malam dan mengeluarkan duit yang banyak untuk menghasilkan album ini.
“Namun, saya harap cerita peribadi tidak akan mengaburi pemikiran pendengar dan peminat saya untuk membeli album ini,” luah Siti.
0 comments:
Post a Comment