Konsert Rihanna ditangguhkan?


Konsert Rihanna Live in Kuala Lumpur yang dijadualkan berlangsung di Stadium Kuala Lumpur, Jumaat ini terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab yang tidak diketahui.

Perkara tersebut disahkan oleh penganjur konsert tersebut, Pineapple Concerts Sdn Bhd melalui kenyataan akhbar yang diemelkan kepada mStar online hari ini.

Menurut Pengurus Operasi Pineapple Concert Sdn Bhd, Razman Razali pihaknya terpaksa menangguhkan konsert tersebut setelah pihaknya memperoleh kenyataan rasmi daripada pihak pengurusan Rihanna, William Morris Agency di Los Angeles (LA).

"Dengan perkara terkini yang melanda Rihanna ketika ini, pihak pengurusannya di LA meminta tempoh dua minggu untuk menetapkan semula tarikh baru bagi konsert berkenaan.

Tarikh tersebut juga telah dipersetujui oleh pihak kami sebagai pengajur dan Rihanna sendiri,"

Difahamkan, punca bintang tersebut menarik diri adalah disebabkan kekasihnya, Chris Brown yang ditahan dan disoal siasat oleh pihak polis selama 90 minit ekoran dituduh menyerang seorang wanita yang tidak dikenali kelmarin.

Brown yang turut tercalon serta dijadualkan membuat persembahan pada Grammy kali ini dikatakan telah pergi ke balai polis untuk disoal siasat dan menurut jurucakap polis, Brown bagaimanapun tidak ditahan.

0 comments:

Post a Comment