SUNGGUHPUN artis comel, Nora Danish, 27, telah sah bercerai dengan suaminya Rizal Ashram Ramli setelah Nora selamat melahirkan bayi sulungnya, Putera Rayqal pada 7 Januari lalu, kisah mereka nampaknya tidak tamat di situ saja.
Dia dikatakan akan rujuk semula dengan bekas suaminya.Tetapi Nora danish menafikannya dan ianya hanya spekulasi yang timbul kerana cerita daripada sebuah akhbar. Orang mungkin salah faham kerana tajuknya Nora bakal rujuk? Sebenarnya tak ada apa-apa.
"Saya tidak akan rujuk balik. Saya bahagia dengan kehidupan sekarang."
"Sebenarnya saya langsung tidak tertekan. Menerima kehadiran seorang anak, adalah sesuatu yang membahagiakan. Saya bahagia dengan anak dan hidup saya sekarang ini. Sedikit pun tidak tertekan. Sekarang ini semua sudah terjawab, jadi orang boleh fikir sendirilah apa sebenarnya yang berlaku sebelum ini."
"Saya jalani kehidupan macam biasa. Bercerai bukanlah pengakhiran hidup, banyak lagi benda yang hendak saya lakukan. Lagi pun saya sudah mempunyai anak, dan dia telah membakar semangat saya untuk menjadi lebih kuat. Selepas habis pantang, saya akan kembali bekerja dan berlakon seperti biasa."
"Saya nak cakap, jangan sesekali dia (artis) kaitkan atau sebut nama saya lagi. Apa yang berlaku antara dia dan Rizal bukan masalah saya lagi. Saya tidak mahu terlibat langsung. Kenapa mesti kaitkan saya? Di antara saya dan Rizal, kami sudah tidak ada apa-apa hubungan. Jadi tolong berhenti kaitkan saya dengan kisah mereka berdua"
0 comments:
Post a Comment