Setelah mempamerkan lakonan cemerlang menerusi Impak Maksima The Musical tidak lama dulu, sekali lagi Dina ditawarkan oleh Ahmad Idham untuk membintangi filem Jangan Pandang Belakang Congkak dan yang terbaru, wajah penyanyi ini mula menghiasi kaca televisyen menerusi drama bersiri Rempit vs Impak Maksima yang juga milik produksi Idham sendiri, Excellent Pictures.
Bukan setakat bidang lakonan, Dina juga telah 'disambar' oleh stesen radio terkemuka, Era, sebagai penyampai radio. Satu pencapaian yang cukup bermakna buat penyanyi ini.
Katanya lagi, pengalaman menjadi seorang penyampai radio juga cukup menyeronokkannya meskipun sedar ia mungkin akan memberi 'risiko' terhadap bidang nyanyian.
"Saya sedar tawaran ini berkemungkinan akan membuatkan lagu-lagu saya tidak akan diputarkan di stesen-stesen radio yang lain. Bagi saya, terpulanglah kepada pihak terbabit.
Sudah empat tahun Dina berkecimpung dalam industri muzik dan sehingga hari ini Dina tetap dengan pendirian untuk tidak mengubah penampilan Dina.
"Pada mulanya, ada lima, enam syarikat rakaman yang ingin menandatangani saya. Syaratnya, saya perlu turunkan berat badan sebanyak 20 kilo. Tapi saya tahu itu bukan diri saya yang sebenar dan saya tidak akan gembira".
"Saya pernah kurangkan berat badan ketika di Tingkatan 5. Tetapi saya masih berasa tidak yakin pada diri sendiri. Apa saja baju yang di pakai, semuanya tak cantik. Lama-kelamaan saya menjadi obses. Akhirnya, saya membuat keputusan to be happy. Dan ya, saya ingin membuat satu kenyataan yang tidak kira rupa atau fizikal, anda juga boleh berjaya. Mungkin bila saya berumur 30 tahun, saya akan menurunkan berat badan".
0 comments:
Post a Comment