Nora Danish Sangkal dakwaan Fasha

nora dan emaknya



“Saya sikit pun tidak rasa tertekan, malah hidup saya lebih gembira daripada dulu,” kata Nora Danish berhubung kenyataan pelakon Fasha Sandha mengenai gosip dia menjalinkan hubungan dengan bekas suami pelakon sitkom Puteri itu menyebabkan Nora tertekan.

Nora atau nama sebenar Nora Mohd Danish Hanif, 26, berkata Fasha tidak sepatut mengaitkan dia dalam masalah itu.

“Saya terkejut apabila Fasha memberi kenyataan saya tertekan dalam gosip yang mengaitkan dia dengan bekas suami.

“Saya sudah tidak ada kena mengena lagi dan mengapa saya harus tertekan. Hidup saya kini lebih gembira,”

“Saya tidak mahu komen mengenai gosip itu kerana tidak ada sebarang kaitan. Mungkin satu hari nanti kebenaran akan ditunjukkan,” katanya.

Menurutnya, dia akan meneruskan kerjaya lakonannya selepas habis berpantang nanti.

“Biarlah anak saya besar sikit baru saya akan meneruskan lakonan,” katanya yang selamat melahirkan cahaya mata, Putera Raiqal Ramli pada 7 Januari lalu di sebuah hospital swasta di sini.

Pada 12 Ogos lalu, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan mengesahkan lafaz cerai diucapkan Rizal Ashram pada Februari dan Jun lalu sebagai sah dan memutuskan pasangan itu bercerai dengan talak dua.

Hakim Syarie, Ahmad Irwan Ismail membuat keputusan itu selepas mengesahkan dua lafaz talak oleh suami Nora, Rizal Ashram Ramli, 32, berbunyi ‘I ceraikan you’ pada Februari dan ‘Saya ceraikan awak’ pada Jun lalu sebagai sah.

Perceraian itu berlaku sewaktu Nora disahkan mengandung tiga bulan dan kerana itu talak hanya jatuh apabila bayi dalam kandungan dilahirkan.

0 comments:

Post a Comment