Nasib penyanyi berusia 27 tahun ini cukup baik apabila percaturannya menyertai OIAM membuahkan hasil. Siapa sangka menerusi program itu, rezeki Intan nampaknya lebih banyak ke arah bidang lakonan pula.
Alhamdulillah, setakat ini sudah dua drama yang saya lakonkan iaitu Suara Hati dan terbaru, Yusuff yang akan ditayangkan di slot Samarinda. Memang sekarang ini saya sudah rasa semakin selesa untuk berlakon.
Ditanya tentang bidang nyanyian pula, kata Intan, ketika ini dia juga di dalam proses menghasilkan single terbaru.
"Single itu adalah projek saya sendiri, tanpa pembabitan mana-mana pihak. Setakat ini saya belum rakamkan lagi lagu tersebut, tetapi apa yang pasti ia akan menampilkan konsep yang lebih pop, tidak seperti dulu yang mana saya lebih ke arah balada.
"Sebenarnya ada juga tawaran untuk saya jadi artis rakaman. Tetapi, tawaran itu tidak begitu bagus, jadi saya rasa lebih baik saya gerakkan sendiri karier nyanyian saya," kata Intan.
Bercerita tentang kehidupan sebagai seorang isteri kini, tutur Intan, dia bersyukur kerana suaminya, Iskandar Ezzahuddin Ahmad Zulkifli amat memahami karier seninya.
Malah, kerana kesibukan urusan masing-masing, sehingga kini mereka masih belum sempat berbulan madu di lokasi pilihan mereka, Bali walaupun sudah empat bulan mendirikan rumahtangga.
"Akhir bulan Mac ini mungkin baru kami rancang untuk pergi berbulan madu. Tetapi belum pasti lagi di mana lokasinya kali ini," kata Intan yang turut mengimpikan cahaya mata, andai ada rezeki.
0 comments:
Post a Comment