Aksi 'berahi' Almy goda Yusry KRU






MEMBAWAKAN watak penggoda adalah satu cabaran yang berat buat bintang muda, Almy Nadia. Apatah lagi karektornya di dalam filem 'Rasukan Ablasia' itu perlu menampakkan dirinya lebih seksi dan menggoda dalam keadaan mengghairahkan.

Memang cukup sukar untuk dilakukan oleh gadis berusia 23 tahun ini, apatah lagi ketika penggambaran filem arahan Prof Madya A.Razak Mohaideen itu dijalankan kira-kira tiga tahun lalu, Almy masih lagi 'hijau' dalam bidang seni.

Lebih 'menggerunkan' dirinya ialah ketika dia perlu menggoda Yusry KRU di dalam lif serta satu lagi babak 'panas' ketika Kim, watak yang dipegangnya itu dimasukkan di wad gila.

Walaupun cukup segan dan kekok, Almy berjaya juga menangkis perasaan itu dan melakukan karektornya sehabis baik.

"Dalam filem ini, watak Kim sebenarnya adalah seorang gadis yang baik. Tetapi setelah dirasuk, dia bertukar menjadi penggoda. Memang saya akui amat sukar untuk saya membawakan karektor tersebut.

"Saya memang malu sangat pada mulanya. Bukan setakat menggoda, tetapi saya perlu jadi seksi dan banyak bermain dengan lenggok badan untuk menampakkan keseksian itu.

"Risau juga untuk lihat reaksi penonton kelak. Bayangkanlah ketika itu saya masih baru dalam bidang lakonan. Rasukan Ablasia adalah lakonan pertama saya sebagai tunggak utama.

"Tetapi saya bernasib baik kerana mendapat bimbingan Prof Razak. Kami pelakon-pelakon yang terbabit dalam filem itu diberikan motivasi dan latihan lakonan sebelum bermulanya penggambaran,"

0 comments:

Post a Comment