Betty Banafe Berkahwin Dengan VIP? - Isteri Kedua


Agak lama juga tidak mendengar perkembangan terbaru penyanyi dan pelakon kacukan Arab-Melayu-Jawa (3 in 1) ini. Sesekali, wajahnya dapat dilihat menghiasi drama-drama di kaca televisyen. Namun, perkhabaran yang diterima baru-baru ini kononnnya Betty Banafe telah pun berkahwin dan menjadi isteri kedua kepada seorang kerabat cukup mengejutkan banyak pihak.

Menyangkal dirinya belum lagi berkahwin, selebriti berusia 30 tahun ini bagaimanapun mengakui dirinya memang sedang berkawan rapat dengan seseorang.

Namun, tegas Betty, dia tidak pernah lupa akan prinsip hidupnya untuk tidak mengambil ‘hak’ orang lain.

“Tetapi saya memilih untuk tidak berbuat demikian. Seboleh mungkin, saya tidak mahu suami orang atau golongan VIP. Sudah banyak kali juga sebenarnya saya ‘terkena’ dengan golongan VIP dan VVIP walaupun mereka itu masih bujang. Kalau boleh, saya hanya mahukan orang ‘biasa-biasa’ saja,”

Menurut Betty, kegagalan dalam percintaan sebelum ini banyak mengajar dirinya untuk lebih berhati-hati mencari pasangan hidup dan tidak hanya mengejar golongan yang mempunyai nama dan kemewahan sehingga dituduh sebagai perampas kebahagiaan rumahtangga orang.

kredit: mstar

0 comments:

Post a Comment