Lama tak dengar khabar penyanyi dan pelakon Arni Nazira yang macam menyepi selepas bercerai dengan Awie, Arni ada berlakon, tapi nampaknya kemunculan Arni tidak sehangat sebagaimana selepas dia kembali berlakon dulu.
Tapi ada sumber yang memberitahu yang Arni bakal menamatkan alam janda yang sedang dilaluinya sekarang.
Dengar-dengarnya Arni akan menukar statusnya pada bulan Mac ini. Yalah Arni masih muda takkan mahu bersendirian.
Apatah lagi Awie sekarang sedang bahagia dengan keluarga barunya.
Khabarnya Arni bakal berkahwin dengan lelaki yang pernah dikenalinya semasa dia belum berkahwin. Apabila berjodoh dengan Awie, Arni melupakan lelaki tersebut.
Kata orang kalau ada jodoh tidak ke mana. Arni kini solo dan tidak ada masalah kalau mahu membina rumah tangga semula. Kalau benar tahniahlah di ucapkan.
kredit: izyan.com
0 comments:
Post a Comment