Sehati Sejiwa rungkai semula gosip Datuk K-Rozita Che Wan





"Alhamdulillah, hubungan saya dan suami dalam keadaan baik baik selepas menepis gosip-gosip yang melanda rumahtangga kami termasuk gosip dengan Rozita. Kita tunggu sahaja, mungkin gosip ini akan senyap juga apabila Rozita berkahwin nanti," ulas Siti

Program yang dihoskan oleh pelakon Scha Yahya ini menjemput pasangan Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan Datuk K untuk bercerita mengenai kisah hidup rumahtangga mereka seperti yang disiarkan pada pukul 3 petang tadi.

Dalam bertanyakan soalan rumahtangga, Scha turut menyelitkan soalan gosip itu yang melanda hubungan pasangan itu termasuk membuat panggilan telefon secara menerus kepada Rozita untuk menjawab soalan cepu emas itu.

“Saya pun tidak tahu bagaimana gosip ini boleh timbul kerana saya sendiri tidak tahu bagaimana saya menghadiahkan kereta kepadanya,” komen Datuk K dalam nada yang tenang.

Selepas itu, Rozita dihubungi bagi menguatkan jawapan Datuk K yang gosip itu tidak benar.

Lantas, dalam masa beberapa saat, Rozita membalas panggilan lalu menyapa Siti dengan mesra sebelum menjawab gosip tersebut.

“Terima kasih kepada Sehati Sejiwa kerana memberikan peluang kepada saya untuk menjawab gosip ini.

“Kereta yang saya belikan itu merupakan hasil titik peluh saya yang telah dibeli sejak Mac 2007 dengan menggunakan wang sendiri dan bukan ditaja seperti yang dihebohkan.

“Saya tak pernah berjumpa dan mengenali Datuk K secara peribadi,” jelas Rozita.

Sesudah penjelasan tentang Datuk K membeli kereta untuk Rozita diberikan, soalan berbaur gosip yang mengatakan Datuk K pernah mengasari Siti turut dituju kepada pasangan ini.

Siti yang diminta menjawab soalan itu berkata dia menganggap gosip yang tersebar itu bagaikan melengkapkan satu demi satu siri drama.

“Kalau cerita seperti ini memang cepat tersebar. Lepas ini saya tak tahu apa lagi cerita yang akan keluar.

“Kira seperti kisah rumahtangga saya ini ibarat sebuah drama bersiri. Saya tak tahu apa lagi drama yang akan berlaku selepas ini.

menyentuh tentang gosip Datuk K telah berkahwin secara senyap-senyap dengan seorang pramugari.

Sama seperti jawapannya sebelum ini, Datuk K menganggap isu kahwin pramugari itu adalah tidak berasas dan merupakan suatu pembohongan yang dicetuskan oleh rakan-rakannya dan kenalan VIP.

0 comments:

Post a Comment