Memey akui hidupnya kini tidak lagi tertekan berbanding dulu.
"Saya tidak mahu fikirkan sangat tentang hal-hal dulu. Alhamdulillah, ada hikmah sebenarnya atas apa yang berlaku. Tawaran berlakon makin banyak saya terima sehingga jadual saya menjadi semakin padat.
"Ketika ini saya sedang menjalani penggambaran drama bersiri Roda-Roda Kuala Lumpur. Selepas tamat dengan filem Dimensi Cinta ini, saya akan menjayakan sebuah drama bersiri untuk terbitan Astro pula," katanya.
Ditanya tentang hubungannya dengan Norman ketika ini, Memey akui dia dan Norman masih lagi mempunyai hubungan yang baik. Malah, aktor Gerak Khas itu disifatkan oleh Memey sebagai "lelaki yang paling rapat" dengannya sekarang ini.
"Saya tidak nafikan hal itu. Memang dia adalah lelaki yang paling rapat dengan saya sekarang. Dia banyak memberi panduan tentang dunia lakonan. Mengenai filem ini, saya juga ada minta pandangannya.
"Dia sentiasa menasihatkan saya agar buat yang terbaik dan pandai-pandailah menjaga diri," kata Memey yang juga tidak kisah untuk digandingkan bersama Norman untuk mana-mana sesi fotografi atau drama.
Ditanya tentang khabar angin yang mengatakan Memey sekali lagi membuat kunjungan ke rumah keluarga Norman di Kuantan baru-baru ini, Memey menangkis cerita tersebut.
"Tak adalah. Mungkin silap orang agaknya," katanya yang turut menafikan dirinya sudah merancang untuk berkahwin dengan Norman tidak lama lagi.
0 comments:
Post a Comment