Tidak menghairankan yang mereka telah berganding suara untuk sebuah lagu dalam album kedua Atilia yang bakal diriliskan pada bulan Jun nanti. Akhirnya, tercapai juga impian anak ini untuk berduet bersama ibu tersayang. Mereka telah merekod semula lagu hit ibunya yang berjudul “Gelombang” dalam rentak ‘smooth jazz’.
“Rasa sayang jika saya sebagai anak tidak melakukannya. Dah lama saya berhasrat untuk membuatnya tetapi tidak dalam album pertama kerana masa itu saya ingin tubuhkan nama saya dahulu dalam industri muzik. Dan saya tidak mahu orang melihat saya sebagai menggunakan nama ibu saya.
Dedahnya lagi, ketika merekod “Gelombang”, ada berlaku percanggahan pendapat diantara dia dan ibu. Namun, akhirnya dia bersetuju dengan pendapat ibu untuk mengekalkan cara nyanyiannya kerana itulah yang paling sesuai untuknya
“Saya membuat keputusan untuk menerbitkan album kedua ini kerana tiada orang yang lebih mengetahui apa yang saya inginkan selain diri saya. Bukan mudah untuk mencari orang yang faham dan berkongsi ide yang sama. There is pressure but I’m a sucker for pressure,” katanya sambil ketawa.
“Saya faham perbandingan akan dilakukan antara album kedua ini dan ‘Sangkar’, jadi kualiti album harus dikekalkan. Dan saya sudah bersedia untuk menerima kritikan dan belajar dari kesilapan
Pernah ditawarkan kontrak rakaman dengan label-label besar dengan syarat dia perlu mengikut cakap mereka, penyanyi kenit ini memberitahu dia tidak kisah jika tidak menerima banyak undangan persembahan.
“Kebebasan untuk melakukan apa yang saya cintai amat memuaskan. Bila saya membuat keputusan untuk menyanyi dalam genre ini (jazz), saya sudah bersedia menghadapi kenyataan bahawa ia tidak akan diterima semua pendengar. Sebenarnya saya suka pelbagai genre lagu tetapi rasanya jazz lebih sesuai untuk suara saya.
“Kepada penyanyi baru, nasihat saya, ketahui arah tuju anda dan apa yang anda mahukan. Selepas itu, percayai diri anda dan banyak bersabar. Apa yang anda inginkan pasti akan termakbul dan pada masa itu, andalah orang yang paling bahagia di muka bumi ini.”
0 comments:
Post a Comment