Nabil raja lawak jadi penyanyi la pulak...








“Diriku masih elok / Tak diobses / NAFSU NAFSI” ... Ha, itulah petikan lirik yang bakal menjadi nyanyian semua tidak lama lagi apabila tampil kolaborasi baru Nabil Raja Lawak bersama Imran Ajmain

Lagu ‘single’ yang akan keluar tidak lama lagi melalui Metadome itu berjudul “Radio” dan ia sebenarnya rakaman semula lagu popular Headwind.

Dengan bawaan irama ‘swing’ ala Michael Buble serta kesyahduan suara dan lenggok tradisional Imran yang agak terserlah, berani dijangka bahawa lagu ini ada potensi meletup sebagai ‘hit’ apabila keluar untuk tatapan khalayak umum nanti.

Kelihatan Imran dan Nabil rilek dan selesa sahaja bekerja di studio vokal di Rafik Konsep, Taman Tun Dr Ismail. Imran yang memang tersohor sebagai penyanyi sejati dari Singapura ramah memberikan panduan kepada Nabil yang pertama kali masuk studio merakam suara.

“Aih, baru album ‘first’ dah macam ni, susah menyanyi ni!” kata Raja Lawak itu selepas cubaan yang agak kelakar memerdukan lirik yang berbunyi “dan suara sumbang ku lari...”

“Suara ngko memang sedap lah!” tambahnya lagi sambil memeluk mesra Imran yang tidak kering gusi melayan telatahnya, selepas ‘take’ tersebut selamat disep oleh produser.

Nantikan lagu “Radio” ini yang gerenti meletup takpun membawa sedikit kelainan dengan ‘feel-feel’ era kegemilangan P. Ramlee dan juga melodi Imran yang beralun, diselang-selikan dengan bunyi-bunyi ‘sound efek suara’ kelakar selitan Nabil. ‘Not bad’ lah untuk cubaan pertama Nabil – mantap jugakla Raja Lawak kita menyanyi!

0 comments:

Post a Comment