Mama Rina Usaha Sendiri



“Jangan menaruh harapan walau 99% pun pada sesiapa. Buat sendiri,” nasihat Mama Rina bila diminta mengulas tentang kes Mas AF2.

“Mama malas nak komen sebenarnya. Sebelum ni, Mama pernah cakap padanya, jangan berharap sangat pada Maestro tapi dia kata Freddie (Fernandez, pengurus besar Maestro) telah berjanji padanya. Tapi di dalam ‘Melodi’, cerita lain yang keluar. Menurut Freddie, Mas telah diminta meninggalkan Maestro tapi dia tak mahu. Tak malu ke? Orang sudah taknak tapi kamu berkeras nak tinggal.”

Kisah Mas dan Mama Rina selepas terkeluar dari ‘Akademi Fantasia’ (AF) tidak banyak bezanya. Tetapi kekecewaan yang dirasai selepas melihat kerjaya nyanyiannya tidak ke mana dibawah Maestro, Mama Rina mengambil keputusan untuk dilepaskan dari naungan syarikat. Sejak 21 Januari lalu, nenek kepada dua orang cucu ini berusaha keras untuk meneruskan impiannya sebagai seorang penyanyi.

Kehidupan, menurutnya, “so far so good. Bolehlah cari makan sikit”. Selain mengadakan show di Sibu, Sarawak di mana dia banyak menghabiskan masanya, dia kini bersama Ambank menjayakan roadshow mereka di seluruh negara.

Kerja di kelab sudah ditinggalkan. Tapi sekali sekala dia kembali beraksi untuk menolong kawannya.

“Sekarang dah lain, Mama takde gaji tetap. Sebelum ini bila nyanyi di kelab, dua minggu sekali Mama pergi collect cek. Mama faham kita bukan top artis, jadi tawaran show yang ada pun cukup makan saja sampai Mama kena ‘rolling’ baju kelab lama Mama untuk jimat duit,” cerita Mama Rina yang banyak mendapat galakkan dari anak perempuan tunggalnya dalam mengejar cita-citanya.

Perancangan utama untuk tahun ini adalah mengeluarkan single pertamanya. Konsep lagu yang diinginkan rock dangdut. Modal untuk single, katanya, dia kena cari sendiri.

“Tidak ada orang nak sponsor. Nak buat macam mana? Mama buat sendiri. Kalau dapat ‘break’ dengan satu lagu, Mama nak lihat bagaimana layanan mereka.

“Harap-harap Tuhan restukan. InsyaAllah, kena banyak berdoa. Mama taknak lawan sesiapa tapi membuat ini untuk diri sendiri dan rakan-rakan. No point nak lawan orang muda. Mama sudah tua, dah berusia 45 tahun.”

0 comments:

Post a Comment