Dafi, Shila duta Coca Cola




Dafi dan Shila dilantik sebagai duta Coca Cola untuk kempen Coca Cola Camni Lah. Mereka akan terlibat dalam siri konsert anjuran Coca Cola.

Shila sekarang kelihatan lebih menonjol berbanding juara One In A Million musim kedua, Ayu.

Dafi juga terserlah berbanding juara Akademi Fantasia 5 yang disertainya dua tahun lalu.

"Dafi anggap penglibatan Dafi bersama Coca Cola sebagai rezeki tambahan dan semestinya Dafi berharap dapat mengembangkan lagi nama dafi sebagai penyanyi," kata Dafi.

Dafi akui jadualnya semakin padat kerana baru dua minggu kembali ke kampus menyambung pengajiaan di Kolej Universiti Lim Kok Wing.

Dafi sebelum ini bergandingan dengan Gita Gutawa untuk kempen ais krim Cornetto. Sekarang wajah Shila pula mewarnai kempen ais krim itu.

kredit: mangga online

0 comments:

Post a Comment