Ibu sakit rindu Mawi

Lantaran tidak tahan menanggung rindu pada anak dan menantu, Ramlah Sarlan, 63, ibu penyanyi lelaki paling popular, Mawi, hanya mampu terbaring di katil berikutan kesihatannya merosot dan diserang penyakit darah tinggi.

Berita kesihatan ibunya terganggu itu menyebabkan Mawi serta isteri, Ekin sudah dua kali pulang ke kampung sejak seminggu lalu.

Pasangan itu dijangka pulang ke Felda Taib Andak di sini dalam sehari dua lagi.

“Kerana rindukan abang (Mawi), kesihatan ibu sering terganggu kebelakangan ini...ibu menghidap darah tinggi dan bergantung kepada ubat.

“Cuma sejak kebelakangan ini dia sering cepat letih, paling teruk minggu lalu apabila dia hanya mampu terbaring,” kata adik perempuan Mawi, Asmidah Ani, 22, ketika ditemui di rumah mereka, semalam.

“Kami sudah membawanya mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Kulai semalam (kelmarin) dan sejak itu, dia semakin stabil, malah selera makannya juga bertambah,” katanya.

“Ibu memberitahu dia rindukan abang, tapi mungkin faktor cuaca tidak menentu kebelakangan ini menyumbang kepada kemerosotan kesihatannya,” katanya.

“Sejak seminggu lalu, abang dan isteri pulang dua kali untuk menjenguk ibu, malah dia mungkin akan pulang beberapa hari lagi walaupun diberitahu keadaan ibu sudah stabil

0 comments:

Post a Comment