Baru-baru ini timbul lagi gosip bercerai dengan antara Rossa dan suaminya, Yoyo, iaitu pemain dram kumpulan Padi.
Apabila ditanya tentang gosip perpisahan itu, Rossa terus terkejut. Katanya pada satu sumber di syarikat rakaman Suria Records (SRC) Sdn Bhd: "Mana ada ribut-ribut... itu semua tidak benar. Saya masih lagi bersama suami saya."
Sebelum ini Yoyo dalam satu artikel di Jakarta pun pernah menafikan yang rumah tangga mereka sedang bergolak.
"Saat ini saya sedang sibuk berkonsentrasi dengan pekerjaan. Apa yang orang mahu fikir atau cakap, terserah sajalah. Sebetulnya saya juga terbabit dalam album Rossa. Lagu mencipta sebuah lagu berjudul Terlanjur Bercinta. Lagu itu adalah inspirasi saya dan Ocha (panggilan mesra untuk Rossa)," katanya.
Jadi, dengan penafian itu Rossa berharap masyarakat tidak akan lagi bergosip tentang rumah tangganya dengan Yoyo. Kalau tidak bahagia dan rumah tangga lintang pukang, tak mungkin juga Rossa dapat memberikan fokus kepada siri konsertnya yang khabarnya cukup sold out di Jakarta dan Surabaya.
"Selepas ini Rossa akan membuat konsert di Bandung pula. Kalau tidak ada ral melintang, dia akan membuat konsert di Malaysia pada Jun depan," kata sumber itu lagi
kredit: murai.com
0 comments:
Post a Comment