“Sebenarnya saya dah lali dengan tohmahan orang,” kata pelakon popular, Fasha Sandha berhubung tuduhan liar pihak tertentu kononnya dia perampas suami orang dan punca keretakan rumah tangga pelakon Nora Danish dengan Rizal Ashram Ramli.
Dia berharap penyebaran dakwaan palsu itu dihentikan kerana bukan saja memberi tekanan kepadanya, malah pelakon berkenaan.
“Jangan kaitkan saya dengan bekas suami pelakon itu kerana ia memberi tekanan kepada saya dan Nora,” katanya yang dihubungi semalam.
Sebelum ini, pelbagai gosip diperkatakan sebilangan peminat termasuk mengaitkan pelakon jelita itu sebagai orang ketiga menjadi punca keretakan rumah tangga pelakon Nora dengan Rizal.
Dia menegaskan hubungannya dengan Rizal hanya sekadar kawan dan gosip yang tersebar itu memberi tekanan kepadanya.
“Bukan itu saja, gosip berkenaan turut memberi tekanan kepada Nora yang baru melahirkan anak. Jadi saya amat berharap spekulasi ini dihentikan,” katanya.
0 comments:
Post a Comment