Nubhan Teringin Buka Agensi Pelancongan


Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Aku Ada Untukmu’ Nubhan, memberitahu bahawa dia bercita-cita untuk membuka sebuah syarikat agensi pelancongan satu hari nanti.

“Nubhan memang dah lama berhajat nak buka agensi pelancongan, sejak belajar dalam bidang pengurusan pelancongan,”

Kata bekas pelajar Kolej Komuniti Hulu Selangor ini lagi, semangatnya untuk membuka syarikat agensi pelancongan semakin membuak-buak setelah menamatkan pelajaran dalam bidang tersebut.

“Tapi selepas masuk Akademi Fantasia ini, saya terpaksa melupakan dahulu impian saya tu…Nubhan kena fokus dalam bidang nyayian dan lakonan sebab buat masa ni, Inilah rezeki Nubhan,” Katanya sambil tersenyum.

Katanya lagi, setelah mempunyai modal yang mencukupi, dia pasti akan menyambung kembali cita-citanya yang terbengkalai itu.

0 comments:

Post a Comment