Natasha dalam teater "IBU ZAIN"




AGAKlama menyepi dari industri hiburan, pelakon dan model jelita, Datin Natasha Hudson kembali menjengah ke pentas lakonan dan kali ini dia membuat penampilan sulung di pentas teater.

Lebih istimewa Natasha akan membawakan watak sebagai Miss Ruthdalam teater sejarah, Ibu Zain.

Biarpun agak gementar kerana tidak punya pengalaman namun dia tetap memberanikan diri mencuba sesuatu yang belum pernah dibuatnya sebelum ini.

"Saya tak nafikan memang saya banyak buat research untuk menghayati watak ini. Bagi saya watak ini, bukan terlalu susah dan bukan terlalu senang untuk dibawa. Dari segi bahasa memang dia guna Bahasa Inggeris cuma dia ada loghat 'Mat Saleh’ dari segi lenggok bahasa yang digunakan itu agak payah sikit," katanya.

Bahagia bersama puteri sulung

Bercerita tentang kehidupan peribadinya, Natasha memberitahu yang hidupnya kini lebih tenang dan bahagia selepas berkahwin.

Ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata pertamanya, Nessa Helena Shahrin,8 bulan, sebagai penyeri yang melengkapkan lagi rumah tangganya.

"Hidup saya kini dah banyak berubah. Kehidupan sekarang lebih tenang dan menggembirakan. Sejak ada anak ni, saya rasa hidup semakin lengkap. Tapi ada kalanya, rasa macam tak percaya yang saya dah jadi ibu.

"Komitmen dan tanggungjawab pun semakin berat, kerana banyak perkara yang harus saya lakukan. Selain jaga anak, saya juga kena uruskan rumah tangga.

"Agak lama saya tak berlakon hampir lapan bulan dalam tempoh masa itu saya sibuk menjaga puteri sulung saya kerana dia menyusu badan dan agak payah untuk tinggalkan dia dan sehingga hari ini pun dia masih menyusu badan,” ujar Natasha ceria.

Bagi pelakon yang pernah merangkul angugerah pelakon harapan pada FFMke-21 ini, antara sebab dia menerima tawaran teater adalah kerana dari pembahagian masa untuk membuat latihan adalah singkat berbanding berlakon filem dan drama.

"Setiap hari hanya empat dan lima jam sahaja saya berlatih untuk teater. Lagipun, tak sampai hati nak tinggalkan dia lama semata-mata untuk penuhi keinginan saya (berlakon). Keutamaan saya sekarang ialah `anak' dan keluarga. Soal karier seni pula jatuh nombor dua.

"Walaupun ada pembantu rumah, saya lebih senang uruskan anak sendiri, sebab saya tak mahu dia terlalu rapat dengan pembantu rumah dan biarlah saya nak rasa susah payah jaga anak sendiri," luah Natasha.

0 comments:

Post a Comment