HATI kekasih mana tidak sayu apabila menyaksikan sendiri wanita yang dicintainya dimasukkan ke wad Neurologi atau lebih dikenali sebagai wad gila.
Itulah yang dialami oleh Shahrul Azman atau lebih dikenali sebagai Rock. Kekasih bintang Akademi Fantasia musim ke-2 Mas ini dengan penuh emosi melahirkan rasa yang terbuku akibat tidak dibenarkan masuk menemui Mas di wad tersebut semalam.
“Mas tak gila. Saya perlu jumpa dengan Mas kerana dia nak jumpa Freddie,” itulah rayuan Rock kepada Ketua Jururawat, Siti Fatimah di wad Neurologi, Hospital Kuala Lumpur tengah hari semalam.
Biarpun puas dipujuk pihak hospital tetap enggan melayani permintaan Rock, walaupun pada mulanya hampir timbul kekecohan antara pengawal keselamatan dan dia, akhirnya Rock berjaya ditenangkan
“Mas menangis masa peluk saya kelmarin. Dia cakap dengan saya tolong bawa dia keluar dari sini. Dia cakap dia tak gila.
Masa borak-borak dengan dia semalam ok je. Kalau dia gila dah lama dia godok dengan saya dengan pisau. Dia memang tak gila, saya kenal sangat dia.
“Kami pun ada jumpa dengan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid kelmarin pun polis dah beritahu Mas tak gila. So, kenapa pihak hospital nak tahan dia kat sini (hospital). Cuma satu perkara yang buat saya betul-betul kesal kenapa mereka nak tempatkan Mas di sini?,” kata Rock dalam nada kecewa.
Semuanya dikatakan bermula daripada insiden penyanyi berstatus janda itu dikatakan mengamuk di balai polis gara-gara disaman selepas memandu tanpa lesen dan membuat pusingan ‘U’ di tempat yang dilarang.Sumber itu juga menambah, ini merupakan kali kedua Mas membuat hal dan mengamuk di balai polis.
Bercerita lebih lanjut mengenai percintaannya dengan Mas, Rock berkata Mas sering meluahkan rasa kecewanya kerana kelewatan penerbitan albumnya.
“Mas nak hak dia. Dia tertekan sebab keluarga dia di Tawau, anak-anak dia pun jauh, sebab mak dan ayah Mas jaga mereka.
“Memang Mas mengamuk masa kejadian tu sebab tangan dia kena gari dan sakit. Mas pun masa tu mintak saya tolong lepaskan dia.
kredit:mstar
0 comments:
Post a Comment