Nikki langkah bendul tiga kakak




SETIAP pasangan yang sedang mempersiapkan diri ke alam rumah tangga pastinya mempunyai perkahwinan impian sebagaimana penyanyi Nikki, 24, yang bakal berkahwin dengan komposer terkenal Audi Mok, 38, pada 27 Jun depan.

Jika ramai di kalangan artis lebih gemar memilih konsep taman, Nikki atau Nicolette Louisa Palikat sebaliknya berkata dia bercita-cita untuk membuat majlis resepsi perkahwinan di pantai.
Bertanya tentang persiapan dan persediaan yang dilakukan, Nikki berkata dia baru sahaja selesai menghadiri sesi pertama kursus perkahwinan di gereja pada Ahad lalu.

Jelas Nikki, dia perlu menghadiri tujuh sesi kursus lagi pada setiap Ahad.

"Selepas menghadiri kursus kahwin ini, saya mula rasa tenang sedikit. Saya mempelajari banyak perkara ketika menyertai kursus selama dua jam itu.

Audi juga memberikan kasut, payung, kek dan barang kemas yang diperbuat daripada emas untuk tiga orang kakak saya yang belum berkahwin sebagai adat melangkah bendul," beritahu gadis yang berketurunan kadazan dusun ini.


kredit:mstar

0 comments:

Post a Comment