Aziz terima SMS 'ugutan'





Belum pun reda 'menanggung derita' akibat keputusan nikah tidak sah yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu kelmarin, Aziz M. Osman terkejut apabila menerima satu mesej Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) 'ugutan' supaya menjauhi bekas isterinya.

SMS yang diterima kira-kira pukul 3.30 petang semalam itu didakwa Aziz dihantar oleh salah seorang ahli keluarga Nor Radhiah Ramli.

Biarpun enggan mendedahkan isi kandungan sebenar SMS yang diterima, Aziz berkata, perkembangan itu merupakan sesuatu yang amat mengecewakan.

Katanya, ia merupakan langkah permulaan negatif terhadap dirinya dan Nor Radhiah yang pernah mengecapi kebahagiaan hidup bersama sebelum ini.

"Apa yang terjadi kelmarin (keputusan mahkamah) merupakan satu kesilapan teknikal dan bukan disebabkan saya bergaduh atau bermain kayu tiga.

"Oleh itu, apabila terdapat ahli keluarganya (Nor Radhiah) secara tiba-tiba meminta saya menjauhi beliau ia bukan seperti apa yang dikehendaki saya,"

0 comments:

Post a Comment