perkahwinan Aziz M.osman tak sah








Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini memutuskan perkahwinan produser dan pengarah Aziz M. Osman, 47, dengan Nor Radhiah Ramli, 23, tidak sah.

Menurut Ketua Hakim Syarie, Datuk Ismail Yahya, semasa hari pernikahan pada 16 Ogos lalu, Radhiah masih dalam edah hasil daripada perkahwinan pertamanya dahulu.

Bagaimanapun, Radhiah dilaporkan tidak mengetahui dia sedang berada dalam tempoh edah ketika hari pernikahannya dengan Aziz atas alasan perkahwinan pertamanya tidak sah

Dalam pada itu, peguam syarie Che Amli Embong yang mewakili Aziz berkata walaupun Radhiah mengaku tidak mengetahui dia perlu menjalani edah selepas tidak diberitahu oleh hakim yang membatalkan perkahwinannya terdahulu, tetapi itu bukan alasan untuk mengatakan perkahwinan dia dan Aziz sah.

“Alasannya adalah Radhiah masih dalam tempoh edah selepas mahkamah putuskan perkahwinan Radhiah dan suami pertamanya itu tidak sah.

“Walaupun tidak sah, dia wajib menjalani edah tiga kali suci kerana telah berlaku hubungan suami isteri,” ulas Che Amli.

0 comments:

Post a Comment