Jeslina urus perkahwinan Linda Jasmine


DI SEBALIK keseronokan membantu sepupunya menyediakan persiapan perkahwinan seperti kad jemputan, bunga telur dan beberapa dekorasi lain, penyanyi lagu Ku Intai Cinta Dalam Rahsia, Jeslina Hashim, 31, tidak mampu menyembunyikan perutnya yang semakin memboyot setelah hamil lima bulan.

Ketika menghadiri sesi Linda mencuba gaun pengantin rekaan Syaiful Bahrim untuk upacara persandingannya, Jeslina yang mesra dengan panggilan Jes ini sebolehnya ingin mengelak untuk jurufoto mengambil gambar terbarunya.

Bagaimanapun, Jes tidak lokek untuk bercerita tentang sedikit-sebanyak yang dilakukannya untuk perkahwinan sepupunya, koreografer Linda Jasmine Hashim, 37, dengan pelakon Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar atau Que Haidar, 30, termasuk kandungannya itu.

Sabtu ini, 14 Februari, Linda dan Que akan bernikah dan mengadakan majlis resepsi di Restoran Bora Ombak, Ampang.

Walaupun sedang hamil lima bulan, Jes masih meluangkan masa membuat hiasan untuk persiapan perkahwinan tersebut.

Jes bukanlah calang-calang orang dalam membuat dekorasi kerana dia mempunyai sebuah syarikat iaitu Polkadotted Creative Solutions, jadi tidak hairanlah jika Linda melantiknya sebagai perunding perkahwinannya.

“Sebelum ini, saya pernah membantu Maya membuat hiasan untuk majlis perkahwinannya.

“Kali ini, saya hanya membuat dekorasi serta menolong sikit-sikit dan mana-mana yang patut.

“Linda ni jenis semuanya dia nak buat sendiri dari yang perkara yang besar hinggalah perkara yang kecil-kecil.

“Jadi, saya menolong Linda menghias bunga telur. Tetapi, saya tidak membuat semua dekorasi sebab meja dan pelamin akan disediakan oleh pihak Bora Ombak,” kata ibu kepada putera sulungnya, Micah Lee Hashim-Vercoe yang berusia setahun empat bulan ini

Jelas Jes, niatnya hanya sekadar hendak menolong untuk membuat dekorasi sahaja namun tidak menyangka pula terus dilantik sebagai perunding perkahwinan oleh Linda

0 comments:

Post a Comment