Zila menanti kehadiran cahaya mata



Saya tidak suka hipokrit dalam soal ini. Saya sendiri yang ingin tampil dengan imej seksi sebab itu tidak salahkan orang apabila meletakkan diri saya sebagai pelakon seksi.

"Terus terang cakap, sampai sekarang pun kalau keluar makan atau membeli-belah, saya masih lagi pakai baju tanpa lengan, seluar pendek atau skirt. Teringin sebenarnya hendak pakai baju mengandung tapi entahlah saya semacam tidak selesa.

Nyata, dari luaran tidak banyak perubahan yang berlaku walaupun mengandung lapan bulan melainkan perutnya saja yang memboyot. Ia turut diakui Zila.

"Kawan-kawan pun cakap perkara yang sama. Mereka pelik kenapa saya mengandung perut saja yang besar sedangkan muka dan tangan macam biasa.

"Alhamdulillah, sudah masuk lapan bulan mengandung, namun sepanjang proses kehamilan saya tidak mengalami alahan seperti muntah-muntah, sakit kepala atau mengidam yang bukan-bukan.

"Cuma satu benda saja yang saya mengidam tapi sampai sekarang tak dapat. Saya sebenarnya mengidam nak makan durian tapi suami tak kasi sebab orang tua-tua kata kata durian panas dan tidak elok dimakan wanita hamil.

Mendirikan rumah tangga secara rahsia pada 11 Januari 2008 bersama jejaka pilihannya, Azri Izhar, 35, yang dikenalinya hampir sembilan tahun lalu, pasangan sejiwa ini berdebar kerana bakal bergelar ibu bapa tidak lama lagi.

Zila mengakui dia dan suami, seorang jurukamera, belum memilih nama untuk anak mereka. Malah kata Zila, dia dan suami juga tidak mahu berlebih-lebihan dalam soal perbelanjaan kelengkapan anak biarpun kelahiran cahaya mata sulung itu amat dinanti-nantikan.

"Saya akui begitu teruja untuk melihat wajah anak kami. Namun, pada masa sama, saya dan suami tak mahu bersikap keterlaluan kerana kuasa Tuhan, sebarang berkemungkinan boleh berlaku.

"Misalnya sebelum ini, saya dan suami begitu mengharapkan bayi lelaki tetapi selepas tiga kali menjalani pemeriksaan imbasan, doktor mengesahkan anak kami perempuan.

"Justeru, saya tidak mahu minta yang bukan-bukan melainkan berharap semoga saya dapat melahirkan anak dengan selamat dan memperoleh bayi yang cukup sifat. Itu saja permintaan saya," katanya.

0 comments:

Post a Comment