"Lima hari Fasha melancong di Hanoi, bukan sebab apa pun, cuma dah lama sangat tak makan angin."
"Ah...jangan nak buat gosip cakap Fasha bawa diri ke Hanoi ye..." kata pelakon wanita ini dengan nada manja
Kata Fasha lagi selama berada di ibu negara Vietnam itu, pelbagai tempat menarik yang telah dikunjungi olehnya.
"Antara tempat menarik yang Fasha lawati ialah jambatan yang tertelatak berhampiran dengan tasik Hoan Kim."
"Jambatan ni kalau you all nak tahu diperbuat dari kayu tau," ujar Fasha.
Tambahnya lagi pemergian dia ke negara komunis itu adalah semata-mata untuk bercuti selepas tamat pengambaran drama bersiri 'Sutramaya'.
"Fasha pergi kesana bersama-sama pelakon sutera Maya yang lain iaitu Maria Farida dan pengurus Fasha, Nik Yasmin."
"Fasha suka Hanoi, best giler...senang cerita Fasha dah jatuh cinta dengan Hanoi,"
kredit: jomstar
0 comments:
Post a Comment